logo
Tarikh : 24 September 2018 | Masa :
Informasi Sistem

Objektif e-Pass dan s-Sticker

Projek ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan prestasi syarikat dan mempermudahkan pengguna dan pekerja untuk membuat tempahan Kad Pengenalan Jabatan dan Pelekat Kenderaan. Projek ini juga adalah untuk mencapai beberapa objektif utama seperti:

  1. Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan 'paperless'
  2. Persembahan sistem yang baik dan efisyen.
  3. Memudahkan pihak pengurusan memproses dan mengemaskini maklumat tempahan dalam sistem tersebut.
  4. Menjadikan sistem ini mesra pengguna.
  5. Maklumat terkini dapat disampaikan dengan cepat dan berkesan.
  6. Lebih menjimatkan masa dan kos

Skop e-Pass dan e-Sticker

Projek ini akan menggantikan kerja-kerja tempahan Kad Pengenalan Jabatan dan Pelekat Kenderaan secara manual kepada bersistem dengan penggunaan komputer dan intranet. Sistem ini akan memudahkan pengguna seterusnya meningkatkan prestasi syarikat. Sistem ini menggunakan bahasa pengaturcaraan yang terkini dan sistematik. Sistem ini juga mempunyai tahap kesalamatan data yang tinggi dan baik. 'Interface' yang direka adalah berkonsepkan mesra pengguna manakala keselesaan pengguna diutamakan.

Kesimpulan

Kesimpulan yang didapati melalui pembangunan sistem ini adalah kaedah tempahan Kad Pengenalan Jabatan dan Pelekat Kenderaan secara maya dapat mengurangkan pelbagai kos pengurusan serta pencemaran dan menjimatkan tenaga. Kos pengurusan seperti kos bayaran bil telefon, kos perjalanan, kos penggunaan sticker dan pass, kos penyelengaraan, kos tenaga kerja dan sebagainya dapat dikurangkan kerana kos kemudahan internet jauh lebih rendah berbanding kos perbelanjaan pengurusan tradisional yang tinggi dan rumit.