logo
Tarikh : 21 July 2018 | Masa :
Permohonan KPJ Sementara - Agensi Swasta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Persetujuan Pemohon
 

Permohonan KPJ Sementara Bagi Agensi Swasta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Syarat-syarat permohonan:

  1. Dikeluarkan kepada Pengurusan Tertinggi Agensi Swasta, Wakil-Wakil Syarikat, Kontraktor Perkhidmatan, Pembekal dan Individu yang dibenarkan yang tidak bertugas tetapi perlu berurusan secara kerap bagi satu-satu urusan rasmi di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

  2. Setiap pemohon akan dikenakan bayaran :
    Bayaran Pendahuluan (Tahun Pertama) : RM 50.00
    Bayaran Pembaharuan Tahun berikutnya : RM 10.00
    Bayaran Kehilangan : RM 30.00

  3. Bayaran perlu dibuat di Unit Kewangan, Tingkat 17 dan salinan resit perlu dimuat naik sebagai bukti pembayaran. Bayaran juga boleh dibuat secara atas talian di No Akaun CIMB : 12051309139057 dan memuat naik sebagai bukit pembayaran.

  4. Pas Sementara hanya boleh digunakan untuk tempoh 1 tahun dari tarikh ia dikeluarkan.

  5. Pas Sementara hanya boleh digunakan oleh pemohon sahaja dan tidak boleh di pindah milik oleh individu lain.

  6. Pemohon bertanggungjawab melaporkan ke Unit Pentadbiran sekiranya berlaku kehilangan Pas Sementara.

  7. Pas Sementara hendaklah dipelihara dengan baik dan gantian Pas Sementara kerana kerosakan akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM 30.00.

  8. Pemohon bertanggungjawab untuk sentiasa memakai Pas Sementara sepanjang berada di dalam kawasan Kompleks Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor.

  9. Pentadbiran ini tidak akan mengaktifkan Pas Sementara sekiranya Pemohon tidak melakukan pembaharuan Pas Sementera yang telah tamat tempoh.

  10. Selepas membuat permohonan Pemohon perlu menyemak status permohonan dari masa ke semasa dan Pemohon perlu mengambil Pas Sementara yang telah diluluskan dalam masa 2 hari bekerja di Unit Pentadbiran.


Sila bersetuju dengan syarat-syarat untuk teruskan.